Tuesday, October 1, 2019

Essay --

Pendidikan yang sedia ada ini juga tidak hanya terhad kepada pembelajaran kurikulum di sekolah sahaja. Ia juga merupakan sebahagian daripada konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan suatu konsep yang baru sama ada di dalam sistem pendidikan negara malah di peringkat antarabangsa juga. Konsep pembelajaran sepanjang hayat ini sangat luas pengertiannya kerana ia bukan sahaja terhad kepada para pelajar yang sedang menuntut di sekolah, malah ia juga melibatkan kanak-kanak kecil sehinggalah kepada mereka yang sudah tua. Secara tidak langsung, konsep ini merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada ia dilakukan secara formal ataupun secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan yang telah dibekalkan oleh pihak pengurusan sekolah kepada para pelajarnya. Setiap individu haruslah menanam sifat suka dalam mereka agar rajin dalam meneroka ilmu pengetahuan secara berterusan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. Sidang dewan yang berwawasan, wacana saya yang seterusnya masih berkisar dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Kita tahu betapa pentingnya penyediaan pendidikan bertaraf dunia kerana jika sistem pendidikan kita setaraf dengan dengan insitusi-institusi pendidikan di negara-negara maju di seluruh ini, penghasilan modal insan dan peratus kecemerlangan pelajar di seluruh negara dapat ditingkatkan. Oleh itu, sektor industri pendidikan negara hendaklah melakukan perubahan dan pembaharuan secara dinamis. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat kecemerlangan pendidikan (centre of academics excellence) di Rantau Asia dan juga di peringkat anatarabangsa pada abad 21 ini nanti akan memerlukan negar... ...unyai muhasabah diri, mereka mampu mencipta nama dan berjaya di peringkat global. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sedarkah anda bahawa percubaan dan uji kaji ribuan kali telah dilakukan oleh Thomas Adison untuk mencipta lampu yang dapat kita nikmati faedahnya sehingga ke hari ini? Tahukah anda bahawa Colonel Sandera telah bersusah payah siang dan malam untuk mencipta resepi rahsia KFC nya sehingga semua kita yang pada hari ini menjamahnya sehingga menjilat jari? Sikap sebeginilah yang wajar diambilkan sebagai contoh dan panduan sekiranya kita ingin betul-betul cemerlang dalam akademik bahkan kehidupan kita seharian. Antara rahsia kejayaan orang-orang yang hebat ini ialah kepatuhan kepada disiplin. Lihatlah wahai dunia bahawa orang-orang yang berdisiplin ini yang akan menggoncang dunia! Bak kata pepatah, â€Å"siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnya†.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.